Tentang seorang Annuryani
feed
by isis81  June 30, 2010 3:19 pm

Izz

by isis81  October 30, 2009 3:19 pm

idop lagi rupanya blog ni. ingat dah arwah. ok, later2 akan story2 lebey lanjut. tgh nak makan jambu batu potong ni. nyam nyam nyam ngap!!!!

by isis81  February 20, 2009 10:50 am

Salam.

Apa itu MOJO?

MOJO can be defined as your magic, voodoo, charm, or your energy, vitality, zest, drive, zip, zing, spirit, verve, pizzazz, punch, passion, oomph, power, get up and go, vigour and feistiness.

Atau dalam bahasa senang paham, MOJO adalah aura atau tenaga atau kelebihan positif yg ada dalam diri anda.

Bila saya kata saya sedang cari MOJO saya, sbbnya ialah, semua org ada MOJO dlm diri mereka, cumanya, mereka sudah jumpa atau belum jumpa MOJO itu sahaja yang menjadi persoalan skrg. Ataupun mungkin mereka dah jumpa, tp MOJO tuh ilang tetiba.

Apa guna MOJO dalam hidup? Bagi saya, mengikut pendapat saya yang naif ini, MOJO membantu kita menghadapi hidup ini dengan lebih positif dan membantu memandu kita mencapai apa yg dihajati dalam hidup.

Payahnya nak paham ayat2 skema ni. Baik saya citer berdasarkan pengalaman dan pembacaan.

Situasi 1

Setiap pagi, semenjak 1/12/2008, saya kena bangun tido pagi jam 5.45. Plg lewat saya kena bangun jam 5.50. Lagi lewat drpd tuh alamatnya saya akan tertinggal komuter. Saya kena berada kat stesen komuter plg lewat jam 6.35. Kalo tidak saya terpaksa join train seterusnya yg konpem mcm sardin kandungan penumpangnya. Pada bulan pertama saya mengeluh hampir setiap hari. Setiap hari juga saya rasa nak berenti. Sbbnya, saya bukan org yg bgn pagi. Kalo saya bgn pun, hanya utk solat then tido balik. So utk bulan pertama keje kat tmpt baru ni, hari2 saya rasa STRESS dan TERTEKAN SGT2.

Tapi 2-3 menjak ni, setelah mula mendapat keserasian dgn jadual komuter yg mcm sengal tak menentu tu, saya mula terbiasa. Saya mula berpikir, KALO AKU BGN PAGI, MAKSUDNYA AKU AKAN LEBIH AWAL SAMPAI KAT STESEN KOMUTER. MAKSUDNYA AKU BOLEH PILIH TMPT DUDUK. MAKSUDNYA AKU TAKYAH KENA BERDIRI SELAMA SEJAM UTK SAMPAI STESEN BANK NEGARA. MAKSUDNYA AKU TAKYAH RASA TENSEN SBB TERPAKSA BAU MULUT BUSUK RAMAI ORG. MAKSUDNYA AKU TAKYAH RASA TERTEKAN KENA BERDIRI BWH KETIAK ORG. MAKSUDNYA AKU LEH TIDO SELAMA SEJAM DLM KOMUTER.

Jadi mula daripada itu, saya mula bgn pagi tanpa rasa terpaksa dan tertekan. Saya tak marah2. Dan plg penting saya memulakan hari dgn rasa tenang dan senyuman. Walaupun bunyiknya mcm ntah hapa2, tp percaya atau tidak, kesan dari memulakan hari dgn senyuman dan hati yg tenang, memberi impak yg baik utk 24 jam seterusnya dalam hari itu.

Jadi, apabila saya boleh bekerja dgn rileks (tipu arr kalo langsung tak tertekan, tp ketertekanan itu boleh diatasi dlm waktu yg sekejap), saya akan bersifat positif. Dan aura sikap positif saya itu adalah MOJO saya.

Situasi 2

Ok. Situasi ke-2 ini mcm spooky sket. Percaya atau tak pikiran kita, manusia, ni mcm magnet. Pikiran kita boleh menarik sesuatu yg realiti dlm hidup kita. Bukan psikik. Cuma apa yang kita pikir tuh boleh mempengaruhi apa yg bakal kita hadapi. Contohnya, hasil eksperimentasi saya pagi tadi, ceritanya begini;

‘Saya tunggu tunang saya depan umah jam 6.25. Sampai 6.30 tunang saya tak sampai lagi. Bila saya call, rupanya encik tunang tertido. Lalu, dgn sedikit berapi, saya terpaksa drive ke stesen komuter seksyen 19 sbb nak kejar train 6.39 kat stesen pdg jawa dah tak sempat. Alih2 bila sampai kat stesen seksyen 19, train terlmbt 15 mnt. Benda pertama yg dtg dlm pikiran saya, “Konpem sesak”!! Tapi saya cuba pikir positif. Spjg menunggu train, saya menyebut byk kali dlm kepala, “Aku mesti dpt tmpt duduk. Aku mesti dpt tmpt duduk. Mesti Mesti Mesti!!!”. Bila train sampai, jangkaan saya betul, hampir semua gerabak penuh. Tapi saya masih yakin yg saya akan dpt tmpt duduk. Dan saya dah bersiap sedia, kalo tak dpt duduk pun takpe. Leh aku tido berdiri. Takpun buat2 pensan, nanti org bg duduk punya laaa (saya cuba wat lawak kat diri sendiri). Masuk2 je gerabak tuh, saya terus menuju ketengah2 train. Saya berdiri sblh seorg lelaki cina yg sdn tgk citer survivor melalui ntah-apa-nama-benda-dari-sony-yg-leh-main-game-n-tgk-tv-iteww. Saya tumpang tgk sama. Smbl2 tuh, saya masih berharap yg ada penumpang dkt2 dgn saya yg akan turun kat stesen seterusnya. DAN..JENG JENG JENG…..Percaya atau tak, lelaki cina comel yg tgk survivor tuh bgn kat stesen Subang. Dan saya dpt duduk. YES!!! SAYA DPT DUDUK. ngehngehngehngehngeh..”

Mcm magnet tak pikiran kita?….Saya yakin, plg2 busuk, sekali dlm idop anda, mesti anda pernah mengalamai kejadian yg hampir sama mcm saya td sekali. Kesimpulannya, kalo kita rileks, cool, dan leh wat lawak dgn diri sendiri dlm menghadapi situasi yg tak diingini, InsyaAllah, kita akan dpt menghadapi dan plg bgs..MENGATASI situasi tak best itu dgn jayanya…InsyaAllah. THINK POSITIVE. RILEKS. COOL. Everything will go on smoothly, insyaAllah.

So, cukup setakat ni. Saya akan smbg citer pasal pencarian MOJO saya nanti2 yer. Pjg sgt citer karang boring pulak. Heheheheheh.

Mcm Kumpulan Dewa nyanyi…

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua… Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

~love, annur~

© Isis81’s Weblog 2010.
Powered by WordPress | Theme by tarimon-notse