Tentang seorang Annuryani
feed
by isis81  November 30, 2009 3:58 pm

Yeay yippie yippie!!!! Khamis ni nak gi jalan2 bercuti sekeluarga. Heheheheheheh. Soping + kirai duit + cuti2 = HEPI!!!

BANDUNG here we come!!!!

by isis81  November 24, 2009 12:03 pm

Hmm. Bila hujan, hari sejuk. Bila tak hujan, hari2 panas. Hmmmm… Bila hujan, banjir dtg. Bila panas terik, kemarau laks.

Hmmmm. Hujan bukan masalahnya. Masalahnya sekarang ialah, ADOILAAA!!! SESAK NAPAS NI. MMG SAHIH SAHIH KENA GI BELI ‘UNIFORM IBU NGANDUNG’ ni. Abe, mari soping baju ngandung meh. Hehheheheheh.

Raya nak dekat dah ni. Esok kalo ramalan kaji cuaca kata banjir kat Kelantan ngan Tganu tak surut2 lagi, guano nak balik Besut ni? Sian lalingku, kempunan nak raya ngan mak aboh dia. Raya haji kat sini tak brapa nak meriah mcm kat Pantai Timur nun. Jarang nau balik kampung. Standard slalu, pagi2 raya gi semayang raya kat masjid negeri Shah Alam. Bersesak2 ngan mat2 ngan minah2 indon, Bangla, Mynmar segala. Pastu dok umah makan2, tgk tv, tido. Kalo dpt balik Besut, kira first time laa merasa nikmat raya haji yg sbnr2nya.

Tuh pon ada pros n cons nya. Tak terbayangkan mcm mana nak travel 8 jam dlm keta tuh nanti. Huhuhuhu. Semenjak 2 menjak dah nak sarat ni, travelling by car adalah agak seksa yer. Sgt laa tak selesa. Bukan nak salahkan kereta atau perjalanan atau apa2, it just, mmg tak selesa. Dok ngereng ke kanan salah, ngereng ke kiri tak kena. Lunjur kaki tak best, bersimpuh laks lenguh. Huhuhuhu. Sori abe, anor manyak songeh. Sian abe, kena layan karenah anor yg mcm2 ni. I lebiu.

Aiseh, radio nih pasang lagu raya pulak. Ish ish. Napa yer rindu kat abe hari ni?…..Rasa nak tepon selang 30 mnt sekali je. Kalo ada keta lama dah sampai kat Bentong nun.

Tadi kan main tekan-tekan kalkulator. Saja2 buat kira-kira sendiri.

  • Pil Kalsium – RM50 (lebih kurang la regenya. Leh tahan sebulan lebey)
  • Pil minyak ikan – RM90 (sepjg ngandung ni laaa)
  • Pil evening primerose – RM50 (lebey kurang jugak laa regenya, ikut brand. Ramai rasanya perempuan2 kat luar sana amik ni)

Tuh setakat yg standard biasa amik. Dulu masa blajau, nak dkt exam amik B-Complex. Konon utk tenaga kuda tambahan dan ingatan einstein. Bila mulut pecah-pecah (ulcer) mula arr menggelabah beli Vitamin C. Kalo time malas mula arr tak amik apa2 pon supplement. Akibatnya, mari kita sedekah duit kat doktor ramai2 n start buat collection ubat ubatan klinik sbb asik tak sihat je. Tuh pon lom tentu makan abis, n sakitnya tak jugak baik2. Kejap dtg kejap pegi sakitnya. Tapi kan bila pikir2 balik, ubat doktor tuh DRUGS. Hmmmmm. Pastu mula arrr pikir pros n cons makan ubat2an doktor prescribe ni. Kalo makan ubat doktor manyak sgt elok ke utk jangka masa panjang? Ada effect tak kat buah pinggang? Kalo tak mkn ubat2an, apa alternatif lain nak elak sakit? Mcm preventive maintenance arrr.

Oh, teringat sat kisah2 usaha masa dulu time tgh giler2 bermotivasi nak gemuk. Ada satu pil beli kat kedai herba ni. Mmg arr berkesan sbb berat naik. Tp bila berenti makan, berat pon turun. So progress mcm yo-yo laa. And sampai satu masa tuh, agaknya terlalu obses nak capai ideal weight, dekat sebulan dapat sakit pinggang yg teramat sgt. Sakit nya tuhan je yang tau. Sakit sgt2. TAk terkata. Nak mencangkuk nak ‘melabur’ pun seksa. Apa lagi nak rukuk or sujud masa semayang. Huhuhu. Dekat sebulan gak arr suffer. Taubat nasuha dah lepas tuh nak makan ubat tu. Ye arr, bila berenti makan, alhamdulillah sakit pinggang mula ilang. Tuh pon siap kena urut 2 kali. Penangan nak gemuk punya pasal. Ish ish ish.

Hmmmmmm. Banyak nau pikirnya. Tp kan, korang-korang tak pernah ke pikir mcm tu? Ke korang-korang semua sihat2 sentiasa. Atau tak pernah ada masaelah kesihatan. Untungnya kalo gitu. Tp lately ni, mula arr terpikir. Ada tak satu jenis supplement yg semua jenis vitamin ada dalam kandungan dia. Mcm all the essentials vitamin that human body needs ada dlm 1 or 2 capsules?…..So takyah arr kuar duit melampau nye banyak untuk beli bermacam jenis vitamin berlainan jenis. Bukan masalah duit jer, masalah nak menelan 5-6 pil sekaligus lagi besau. Huhuhu.

Dan bermula laa pencarian di internet. Ada rupanya supplement cenggitu. Dia BUKAN UBAT, sbb dia BUKAN DRUGS. Dia SUPPLEMENT. Hmmm…Leh caya ker? Tuh persoalannya. Lama gak follow mereka2 yang cuba n promo SUPPLEMENT tuh. Lama2, ada sedikit rasa yakin utk cuba. Kalo korang jenis org tegar n hardcore and anti-direct selling or MLM mcm saya, the benefits of having to join bukan perkara utama. Yg plg penting, apa benefit yg produk tuh leh bagi. The benefits of the product is the most important. Am I right?…

Namanya USANA. Herbalife pon kalah ngan dia. Kalo baca ikut website dia, kira jenama nih dalam range top 10 supplement2 kat US nun, kira nombor 1 arr. Perghhh!! Ada ke supplement sebagus itu?. Lalu sessi mengendap senyap para2 pengguna USANA pon bermula. Yer arr. Takkan Munirah ngan Mrs Imran nak tipu laks kot. Kalo diaorg tipu, takkan le ramai follower n blog reader diaorg setiap hari. Takkan ler diaorg tegar n tahan kena kutuk n maki sbb suka2 je tipu org kat dunia maya ini?…hehehehhhe. Hmmmmm.

So atas kerelaan diri sendiri, dan pengaruh USANA hasil dari pembacaan dan pemerhatian hampir sebulan, saya yakin untuk membuat pembelian pertama minggu lepas. InsyaAllah parcel saya akan tiba hari ni. Bg saya masa 2 minggu untuk membuktikan yang USANA nih berkesan n bukan tipu punyaaaaa. 2 minggu yer. Kalo ia berkesan untuk saya, InsyaAllah ia berkesan untuk org2 lain jugak. Hehehhehhe. We wait n see yer. Pastu leh saya kongsi ngan korang2 semua. Kan kan kan???

 

So, tunnnggggggguuuuuu yer update dari saya tentang USANA ni.

 

-ANOR bereksperimentasi-

by isis81  November 20, 2009 10:07 am

Sila amik perhatian yer kepada mereka-mereka yang mengalami masalah underweight@kurang berat badan mcm saya. SILALAAA BERUSAHA UNTUK PASTIKAN BERAT BADAN ANDA BERADA PADA PARAS YANG OPTIMUM SEBELUM ANDA MENGANDUNG. Paling tidak pun, SILALAAA PASTIKAN PERUT ANDA ADA LEBIHAN KULIT@JGN FLAT SGT.

Sebabnya, huhuhuhuhuu. Saya telah mempelajari satu pengalaman semenjak saya mengandung ni. Bila kita kurus sgt or perut kita isi lemaknya cukup2 makan sahaja, nanti bila mengandung, bila sampai time perut tuh nak membesau, makanya akan timbul satu MASALAH.

MASALAHNYA IALAH:

1) Masa perut tuh nak start stretching @ membesau @ membelon, bila semenjak azalinya perut tuh mmg dah sedia kecik dan kurang kulit2 atau lemak2 lebihan, makanya perut tuh akan cuba menarik mana2 kulit berhampiran untuk membantu ia membesau bagai johan. Maknanya, kebarangkalian ada strecth mark adalah tinggi. Kulit akan gatal2 sebab tertekan (serius ni! Jgn garuk kalo takmau berparut or luka2). Perut rasa terik macam nak meletup. DAN SANGATLAAA TAK SELESA YER. PErcayalaa cakap saya sebab tuh laa yang saya alami skrg ni.

2) Yela, bila perut kecik, baby dalam perut tuh akan mempunyai ruang2 yang terhad untuk accommodate pembesaran dia. Makanya, since baby tuh masih akan tetap membesau, dia akan berusaha dengan bersungguh2 untuk membuat ‘kediaman’ dia @ perut kita lebih selesa. Dia akan cuba bersungguh stretch badan dia utk mencari posisi2 selesa. Makanya, sila expect kaki atau tangan comel dia menekan pundi kencing anda (yang membuatkan belakunya keinginan untuk mengencing 3-4 kali sejam) dan juga menekan paru-paru (ni yang paling seksa sebabnya akan berlaku kesukaran untuk bernafas resulting to muka hampir jadi biru dan perasaan tecungap2 macam baru lepas lari naik turun tangga menara KL 3x).

 

Mengandung adalah satu pengalaman yang sangat sangat sangat unik. Ada +ve side dia and ada jugak -ve side dia. Tapi setakat nih, yang paling menguji saya ialah:

1) Sessi mari mabuk2 pening2 lalat masa 3 bulan pertama.

2) Sessi mari kita buat perut mak membesau. Apa? Tak cukup kulit untuk membesau, takpa, kita tarik kulit montot, kulit belakang atau segala kulit spare yang ada. Huhuhuhu.

3) Sessi mari kita gi melawat toilet or berumah tangga kat toilet tuh terus lg sesuai…Sila expect pengulangan 3-4x ke toilet untuk mengencing 3-4 titik air kencing itu adalah normal yer.

4) Sessi sesak nafas @ semput @ mengah yang teramat. Eh eh!! posisi tak best laa, kasik ekjas sket. Opss! Tertendang laks pundi kencing. Eh eh!! tolak tulang rusuk ngan paru2 nih pon best jugak nih. Ngehngehngehngeh. Rasa macam nak kena pakai tabung oksigen jer nih. Sehingga anda dapat merasakan pengalaman2 itu sendiri baru anda akan paham. Kalo tak sila laa bayangkan ajer.

Lain orang sebenarnya lain kepayahan yang dia kena tempuh masa mengandung. Ada yang paling bernasib baik, alhamdulillah tempoh mengandung dia sgt laaa heaven ok. Ikut rezeki orang tuh laa. Tp apa2 pun, nih pengalaman seumur hidup ni. Akan ku kenang sampai bila2. (siaplaa ko encik dalam perut. Hehehehehehhe. nanti sebelum ko leh membantah, akan ku pakaikan ko segala macam menda pastu angkat gambau byk2 n post kat blog ni biau semua org nampak. termasuk la gambau2 ko bolen2 bulat. nanti bila ko besau ko shame shame laa sendiri yer. ngehngehngeh. sessi black mail kat anak sendiri. boleh ke cenggitu?..hehehehehheh)

 

Ok. Mintak eskus, nak gi tarik nafas dalam2 kejap. mengah ni.

-ANOR-

by isis81  November 19, 2009 9:02 am

How to start yek?…How how how? Tetiba datang seru nak citer macam-macam. Haishhh!!

Ok, lets begin. Manyak menda saya hutang ni (tp bukan utang duit laa). Mula2;

1) Saya utang Pn Nani (Mak Hanis) untuk update pasal kucing-kucing remaja 3 ekor yang kami barter trade dulu. Aunty, mintak postpone dulu k. Gambau lom berambik. Tapi kucing-kucing tuh sihat walafiat. Makin gebu, makin sihat, makin hari macam nak berubah jadi dinasour je ganasnya mereka-mereka itu. Umah pun dah direnovate (umah kucin)…hehehehehh

2) Terasa nak citer pasal pregnancy la. Pasal pengalaman sepanjang 6 bulan membawa encik dalam perut ni. The up and down of being a pregnant woman. And everything else related to it. Cerita pasal betapa saya kemaruk makan jambu batu hampir setiap hari. Cerita pasal ketidakbolehan saya mendengar apa-apa story mory pon pasal makanan yang semestinya akan membuatkan saya gi hunting makanan-makanan itu sampai dpt. (Budak2 opis dah pandai mengelak2 cerita pasal food related topics depan saya, heheheheeh, oh so very understanding. Tapi silap besau laa kalau citer bisik2 setakat belakang partition ni. Semenjak mengandung ni bukan saja deria bau meningkat 10x ganda, deria pendengaran pon sama. Korang kentut laaa kaver2 line pun, ibu ngandung ni musti leh tangkap punya bunyik tu..hahahahahahahahh)

3) Nak gak update gambau-gambau diri sendiri yang terbaru. Yela, bukan selalu saya nampak bulat (walaupun tang perut je yang sebenar2nya bulat and tang yang lain tuh masih average. Tapi paling memusykilkan, encik abe pon ikut bulat sama. Hmmmmmm. How laa jadi gitu abe nya? Ada baby gak ke dalam tu? Hehehehehehhe. I lebiu.). Ohh!! On the other side, saya skrg berada pada berat paling ideal, 52kg. Yeay yeay!!!! Tenkiu encik dalam perut tenkiu.

4) And paling tak sabau nak cerita (tapi kena tunggu hasilnya lagi 2 minggu), saya skrg sedang bereksperimentasi dengan sesuatu. Walaupun bahan ujikaji nya bukan diri sendiri, tapi sudah ada 4-5 orang mangsa yang serah diri untuk menjadi specimen ujikaji saya. Hahahahahhaha. Wait and see yer semua semua. It’s worth it. InsyaAllah.

5) Keje makin buhsan. Seriesly, sampai setiap hari rasa nak berenti. Dok kat site lagi best. HAishhhhh!!! It is just so not me to work 8-9 hours a day in a office in front of computer. Seriesly not me at all. Not challenging enough. Arghhh!!! Please send me somewhere, anywhere, as long as saya leh gi keje pakai jeans and kemeja sambil pakai safety vest ngan safety boots. OHhhhh!! How i miss climbing up those so called stairs to inspect the concrete works etc. Huhuhuhuhu. Got to find way to make my work life more interesting. Must Must MUST!!!!

6) Saya sekarang, selain dari kemaruk makan jambu batu (encik dalam perut yang nak sbnrnya), saya juga kemaruk nak berjalan2. Bukan jalan2 kat shopping mall ok. More like berjalan2 bersama encik abe sambil cuci2 mata and cari cari makan. LAst weekend, 2 nights in a row saya heret encik abe pergi uptown Setapak ngan downtown Cheras. This weekend mana laks yer saya nak pergi. Up up and away ker?..hhmmmmmmm.

7) Saya sekarang sangatla senang semput. Duduk depan pc pon leh semput walaupun bukannya buat apa2 kerja berat pun. I came to a conclusion that, perut saya yang semulajadinya kecik tanpa lemak2lemak lebihan ini tengah melakukan senaman stretching yang agak over to accommodate encik dalam perut yang sedang dalam proses pembesaran yang pesat. The downside of being underweight is that, bila pregnant, bila perut start nak membesau, takda kulit2 lebihan yang boleh ‘ditarik-tarik’. Resulting to limited space yang membuatkan encik dalam perut tanpa sengaja terpaksa menekan pundi kencing 24/7 (masuk akal ke kena ulang2 gi toilet 4-5 kali dalam sejam untuk mengencing 2-3 titik air kencing. Mari kita pindah dalam toilet encik baby. Mari mari) and menolak paru-paru saya sehingga saya sering tercungap2 tak tentu pasal. Kadang2 rasa macam nak pensan pun ada. Rasa sangatlaa disable. Mcm org obess kepenatan dan kesemputan. Huhuhuhu. Oh, tolong la jangan sampai saya pensan dalam komuter. Please please.

8 ) Baru saya tau kenapa orang cakap perempuan mengandung sangat laa sensetif sebabnya…sebabnya….SAYA SANGAT LAAA EMO SKRG. Anytime tak kira apa sebab walaupun sebab paling sengal sekali pun boleh membuatkan saya nangis. Kalo tak nangis, saya marah. Kalo tak marah, saya merajuk. AND saya sangatlaaaaa rindu rinduan pada suami saya. Sampai saya rasa nak amik cuti unpaid sebab nak ngekor dia gi BEntong keje. Ohhhhhh. Mood swing yang maha dasat. Sekarang ni saya emo dan rasa takda sapa amik berat pasal saya kecuali suami saya sorang. Saya rasa semua org yang terdekat ngan saya tak amik kisah pasal saya. Huhuhuhu. Rasa macam nak bawa diri je merajuk jauh-jauh. Biaulaa kami sendiri, anor, abe ngan encik dalam perut sahaja. Huhuhuhuhu.

 

Cop cop. Rasanya yang paling relevan ngan topik utang ni adalah perkara no 1 – 4 sahaja. Perkara no 5-8 adalah elaboration dari No. 2. Kan dah merapu. HAishhhhhhh!!! Mintak eskus yer. Nanti saya update lagi.

 

P.S: Pernah dengar pasal USANA tak? Saya akhirnya jatuh minat terhadap sesuatu dan ia adalah USANA. So sekarang bagi saya peluang belajau dulu perihal2 USANA ni, lagi 2 minggu lepas ujikaji saya berjaya, saya akan cerita lebey lanjut. Hmmmmmm. Please bear with my blog, laling laling sekalian. For InsyaAllah with Allah will, I’ll share something that worth every cents and every seconds of your time here, in this blog of mine. Tunggu lagi 2 minggu k. I lebiu you and you.

 

-ANOR-

by isis81  November 13, 2009 10:17 am

Tarikh: 11.11.2009

Lokasi: UMRA, Sek 13 Shah Alam

Waktu: Appointment kol 7 malam. Tunggu punya tunggu punya tunggu, kol 8 lebey sket baru dapat masuk. Nasib baik worth it.

Agenda: Detail Scan/3D/4D Scan

Objektif: Dating ngan Encik Dalam Perut.

Umur: 23 minggu 1 hari

 

Here we go,…..Encik Dalam Perut say; “Cakkk!!! Peekaabooo!!”

ANNUR_10

 

Lor, tido pulak dia. Sejam menunggu tak berenti-renti dia smack down perut kita, alih2 bila time dating leh lak dia tido. Encik abe panggil gaya tido dia “Gaya Pemikir”…Hahhahahahahah.

Next time kita dating jangan tido yer. And sila jangan tunjuk montot tu. Puas dah tengok montot tu hari tu. hehehehehhheeh.

Alhamdulillah, my baby is all healthy. Alhamdulillah. InsyaAllah hensem macam ayahnya. Kan Abe kan?????

 

ANOR COUNTING DAYS

by isis81   10:01 am

DSC_4255

Sebenarnya lama dah nak tulis satu entri dedikasi khas untuk cinta hati hidup saya ni. Tapi karangan hanya dalam kepala datang dari jiwa tanpa tulisan atas kertas mahupun taipan dalam komputer.

Sekarang, rasanya bila ada kesempatan sedikit, sebelum saya mula hanyut dalam perasaan cinta yang melaut dari hari ke hari, saya tuliskan entri ini khas untuk kekasih hati penakluk jiwa raga saya ini.

Kalo orang kata ‘Dari Mata Jatuh ke Hati’, bagi saya perkenalan dengan encik abe bermula dari bawah; ‘Dari Kasut Naik ke Hati’. Encik abe lulusan matriks, jadi pengajian degree nya mengambil masa 3 tahun. Saya pula lulusan Diploma, maka saya dapat lompat 1 tahun. Kami sekelas secara kebetulan setelah saya ‘putus’ dgn orang itu pada semester pertama pengajian degree saya. Kerana saya dan orang itu sekelas, bagi mengelakkan rasa sakit hati dan pergaduhan berpanjangan bagi pihak dia (sebab saya yang mintak putus), maka saya tukar kelas. Disitu bermula perkenalan saya dan encik abe.

Saya memang dah perasan perihal satu ‘orang’ yang saban minggu mesti wajib pakai satu jenis t-shirt yang sama bertulisan CONVERSE. Mulanya saya abaikan sahaja, Yela, lelaki katanya. Sebelum ini saya pernah sekelas dengan seorang pelajar yang memakai kasut yang dari jenis dan warna yang sama selama 3 tahun berturut-turut sepanjang belajar. Kasut tu dah rosak pun dia masih akan beli kasut yang sebijik sebijan serupa dengan yang dah rosak itu. No less no more.

Kemudian, semasa satu kelas dimana saya dikehendaki membuat presentation secara paksa rela di depan kelas. Sedang saya dengan penuh syok sendirinya berserita, dari pintu belakang kelas masuk la orang berbaju CONVERSE itu. Saya pandang dia dengan hujung mata sambil berkata dalam hati; “Cess!! Selamba je datang lambat dia ni. Pastu buat macam tak bersalah lak tu. Kita present kat depan ni bukan dia nak konsentret pun. Huh!!!”.

Selepas daripada itu, semasa kelas berikutnya, saya secara tak sengaja terselisih dengan orang berbaju CONVERSE. Mulanya saya perasan kasut (juga brand CONVERSE) berwarna merah. Kasut itu menarik perhatian saya untuk melihat siapa gerangan tuannya. Danggg!!!! Orang berbaju CONVERSE rupanya. Atas bawah atas bawah saya pandang dia. Hmm. Masa tuh dia adalah kurus dan agak kacak (sempoi). Dalam hati saya berkata; “Ooooo, dia ni. Lawa kasut dia.”. Masa belajar di universiti dulu, saya adalah sneakers kind of girl. Dan brand kesukaan saya adalah CONVERSE. Kebetulan ke semua ni?

Dari pandangan pertama pada kasutnya membawa kepada tuan punya kasut, terus membawa saya kepada kejadian-kejadian manis seterusnya yang terjadi sebelum cuti semester. Di situ, di kafe itu, di fakulti itu, di universiti itu, pada petang hari itu, kami bertukar nombor telefon.

Percaya atau tidak, kalau namanya sudah jodoh, perkenalan yang singkat, walau bermula dari kasut cuma, boleh membuah rasa rindu. Walau belum melaut perasaan itu, tapi cukup manis dan memberi kesan.

P.S: Abe ingat lagi tak masa tu? *senyum malu*

-akan disambung-

 

ANOR

© Isis81’s Weblog 2010.
Powered by WordPress | Theme by tarimon-notse